0

Kekasih Hujan ~

Guruh semakin kuat . Hujan semakin lebat . Alia tercari-cari tempat berteduh . Dari jauh kelihatan pondok usang, dia terus berlari mendapatkan pondok tersebut... Alia mengiggil menahan kesejukan tubuhnya... "Haacchhuumm!! Selesemalah aku esok nampaknya.." rungut Alia... "Nah , ambillah" Tiba-tiba seorang lelaki menghulurkan sehelai sapu tangan kepada Alia..... Lelaki itu memandangnya dengan senyuman yang manis... Alia memandangnya kehairanan... Dengan perlahan dia mencapai sapu tangan tersebut... Lelaki tersebut meletakkan payung yang dipegangnya di sebelah.... "Awak dari mana? Sekarang hujan lebat , kenapa awak duduk sini sorang-sorang?" Lelaki tersebut bersuara.... "Saya dari kelas tadi... Masa saya nak balik , tiba-tiba hujan pulak... Saya nampak pondok ini jadi saya berteduh lah kat sini kejap..." sahut Alia... Suasana menjadi sepi.. Yang kedengaran hanya guruh berdentum dan hujan yang masih lebat... "Kenapalah hujan tak berhenti lagi ni.. Mesti mak risau tunggu aku kat rumah.. Kenapalah aku tak bawa payung tadi.." Alia merungut setelah semakin lama menuggu di situ ... Lelaki tersebut tersenyum melihat gelagat Alia yang kegelisahan.. "Hujan dah renyai.. Mari saya hantar awak ... Itupun kalau awak tak kisahlah .. !" Lelaki itu bersuara... "Boleh ke .. Tak menyusahkan awak ke ?" "Boleh , tak menyusahkan pun..." Lelaki itu membalas... "Tapi awak janjin, jangan culik saya, jangan apa-apakan saya tau.." "Ya saya janji.. Mereka berjalan di bawah satu payung.. Alia kurang selesa kerana ketinggian lelaki itu ... Mereka seperti pasangan kekasih.... "Ni rumah saya... Thanks sebab tumpangkan saya payung itu.. Kesia awak pulak yang basah.." ucap Alia.. Tak pe. sayakan lelaki.. kenalah lindungi perempuan.." balas lelaki tersebut... "Oh ya , nama saya Zakwan.. Awak Alia kan ?" balas lelaki tersebut.. "Eh , macam mana dia tahu nama aku ni ?" Alia berkata di dalam hati.. "Ha'ah.. Tapi mana awak tahu nama saya ?" tanya Alia .. "Saya kan SPY .. Seminggu berlalu , Alia menanti kehadiran Zakwan di pondok mereka bertemu..."Mana dia ni .. Aku nak pulangkan sapu tangan dia ... Mesti dia tercari-cari.."kata Alia sambil memandang ke kiri dan ke kanan... Alia memandang jam tangannya lalu menjerit.."Alamak ! kelas dah nak mula... aku lambat ni.." Alia mencapai beg tangannya ke sekolahnya..... "Kriinngg!!" Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan tamat... Alia gelisah... Sejak dalam kelas dia melihat cuaca mendung saja... Dia bimbang hujanturun kerana dia tidak bawa payung Semasa berjalan pulang kerumah, hujan turun renyai-renyai.... Alia berlari untuk sampai cepat kerumah.. Tiba-tiba.... "Paannggg!!" "Aduh sakitnya.." Barang-barang Alia semuanya jatuh ke atas jalan... "Sorry...... Sorry...... Saya tak sengaja..." jelas orang yang melanggarnya.... Mereka berdua saling berpandangan.... "Awakk!!" ujar mereka serentak.... Hujan semakin lebat... Zakwan membantu Alia mengambil bukunya lalu berlari ke kaki lima sebuah bangunan yang berhampiran... "Dah lama saya tunggu awak... Ni sapu tangan awak... Mesti awak cari kan ?" Alia berkata... "Tak pelah awak ambil jerk... Saya tak kisah...." ujar Zakwan.... Zakwan memandang Alia yang kebasahan.... Zakwan mengambil sapu tangan yang berada di tangan Alia lalu mengelap pipi Alia yang basah... Alia terkaku... Mata mereka bertentangan.... Jantung Alia berdegup laju... "Sebenarnya saya dah lama perhatikan awak... Saya selalu nampak awak balik dari sekolah.... Awak comel bila awak ketawa dengan kawan-kawan awak... Sejak saya nampak awak , hati saya rasa lain pulak.... Saya tak tau sama ada ini realiti atau khayalan saja... Saya suka awak..." Zakwan meluahkan perasaannya dengan suara GENTLEMEN sekali... "Eh , apa yang aku cakap ni....?" ujar Zakwan di dalam hati.... Kata-kata Zakwan membuatkan Alia tidak bernyawa..... Jantungnya seperti sudah tidak berdenyut lagi.... Alia terdiam... Tiba-tibanhujan berhenti.... Alia tersentak lalu memandang Zakwan... Dia terus berlari dari situ... Di rumah , Alia seperti orang yang tidak tentu arah... Dia gelisah memikirkan kata-kata Zakwan... Dia menenangkan dirinya dengan berkata , "Relaks Alia, relaks... Mungkin dia main-main jerk kot.."

0 comments:

Post a Comment





Back to Top